Friday, 15 November 2013

Hijrah (level 1)


"Umur 17-20an... time 2, bila diajak kpd kebaikan...hati membuak2 mengatakan tidak...
sbb zmn ni anak2 muda mencuba mencari identiti sendiri, ingin mencuba, ingin mengexplore dan mcm2 lah...(itulah aku)

banyak nya org bersabar ngn aku!

...tp kini zaman i2 telah berlalu..

setiap apa yg telah berlaku, aku ambil ibrah/pengajaran..."


It is true or not?



Dulu,,,,

After SPM aku masuk Maahad sat...
Memg best la...kwn2 sebaya dan sekepala....aku jd mawas la kat sana

x sempat habis, aku keluar....
then, smbg study di Nilam Puri.. (erm minat sains katakan....tp x de score)

Time 2... rasa WOW...aku bebas..BEBAS!!BEBAS!!...sebb kat sekolah ada peraturan..
kat U, secara otomatik, peraturan sgt lah longgar.......aku boleh buat apa yg aku suka...i

NIlam puri:x de usrah, tgok cerita korea smpi subuh (sanggup x tido 2)...dr penakut berjaga mlm..akhirnya berani da nak stay mlm2...makanan pun sedap. Aku belajar berdikari, belajar memandu, suka shopping sbb dpt biasiswa dan murah plak 2.. (masa2 dulu la)


UM,KL: Aku terkena shock culture, tp alhamdulillah ada USRAH. Tp i2 pun selalu ngelat usrah...

Tika di KOTA RAYA, mcm2 ada... aku mulalah, mencoba itu dan mencoba ini...penah kena tipu ngn org MLM, penah dok lepak smpi pagi..x tau lah...,pi tgok wayang (dok perabis duit),,,,

Ada 1 tahap: Aku pernah dibawa ke 1 program MLM di tgah bandar kota raya, pulang lewat pagi...
So, sms pulang aku melalui 1 kwsn yg selama ini aku just lihat di kaca TV...tp kali ni real punya...

KWSN org pi DISCO: Kwsn Org x berpakaian...HATI KU MULA BERGETAR!!! TAKUT!!! SEDIH!!!!!

Semasa di perjalanan, aku hanya menahan perasaan itu...tp bila sampai di bilik...
Air mataku mengalir dgn deras,deras...dan deras....dengan ditemani oleh sahabat yg sedia mnedengar.

Allah masih sayang aku lagi, sbb 2 Dia bg perasaan tu...WO I NI ALLAH...

Dari aku kecil hingga kini, ALLAH sentiasa pelihara AKU..

Pernah time kecik2 dulu, time pulng ke sekolah dengan menunggang basikal, aku hampir2 dilanggar oleh sebuah moto sbb kesalahanku tidak memandang kanan dan kiri sebelum menoleh...

Tapi ngn KUASA ALLAH...nothing happen!

So, PRINSIP hidup aku sekarang berpengang pada 3 persoalan:


  1. Dari mana kita datang?
  2. Kenapa kita dijadikan? utk apa?
  3. Akhirnya, kemana kita akan dikembalikan?
Dari persoalan ini aku belajar mengenali Allah dan sifat2-Nya yg MAHA.
BerUSAHA lah mencari HIDAYAH ALAH dengan banyakkan berFIKIR berkaitan alam semesta dan perkara2 yg terjadi di alam ini.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal [Ali-Imran: 190]


Ayat-ayat berkaitan berfikir

  1. Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? - Surah Al-Shuara ayat 75
  2. (Mereka tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang-orang dahulu (yang ingkar). - Surah Fatir ayat 37
  3. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? - Surah Ya-Seen ayat 62
  4. Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir. - Surah Al-Noor ayat 44
  5. Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur. - Surah Luqman ayat 32
Wallahua'alam, segala yg baik diambil hikmahnya,
dan segala yg buruk dibuang jauh2 dan dijadikan pengajaran!!!..Semoga Allah memberi pedoman dan hidayah di atas setiap perkara yg berlaku agar bersama2 kita mendapat SYURGA ALLAH,Ameen!

INSYAALLAH!
















No comments: