Ogenki desuka.
I hope u all happy and our soul in mardatillah
Oh HIDUP, mana ada hidup ini mudah....
Umpama AIR yg mengalir, dan di depannya terdapat btu-batu besar yang merupakan halangan untuk seseorang sampai lurus kepada sesuatu destinasi
Allah telah befirman, di dalam surah al-ankabut ayat 2-3 bahawa:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah:ayat 286 apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan menerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Semoga Allah memudah kan urusan kita dan memberkati hidup ini. Marilah sama-sama kita amalkan doa di bawah:
Kalo nak dimurahkan rezeki, bacalah doa ini
DOA AGAR BANYAK HARTA YANG BERKAT
Insyaallah, ALLAH mudahkan segala-galanya.amin....
No comments:
Post a Comment